Rabu, 24 November 2010

Anugerah Tokoh Tunas Jaya 2010

…majlis penyampaian anugerah empat tadika sesi 2010
IBU SARUNG SELEMPANG 8 TOKOH TUNAS JAYA
HATI ibu dan ayah mana yang tidak berbangga apabila diberi peluang menyarung selempang anugerah tokoh cemerlang kepada anak sendiri.
Perasaan sebak inilah yang terjadi di majlis penyampaian Anugerah Tokoh Tunas Jaya sesi 2010 yang diadakan di Kompleks Muhibbah Selayang, di Taman Industri Bolton, Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.
Sambil mengucap tahniah dan mengucup dahi anak, ibu dan ayah menyarung selempang yang menjadi kebanggaan dan kenangan manis kepada kaum keluarga.
Sebanyak empat tadika membabitkan lebih 180 kanak-kanak berusia lima dan enam tahun memeriahkan majlis penyampaian Anugerah Tokoh Tunas Jaya sesi 2010.
Empat tadika itu ialah Tadika Tunas Berjaya Wangsa Melawati, Tadika Setia Kasih Manja Taman Pinggiran, Batu Caves, Tadika Sri Ayu Taman Sri Gombak dan Tadika Sri Ayu Taman Melati, Kuala Lumpur.
Majlis yang bermula jam 8.30 pagi menyaksikan bacaan doa oleh Ahmad Shaari diikuti ucapan alu-aluan Puan Marina Suliman, Penolong Penyelia Tadika Sri Ayu.
Sementara itu adik Nurafiff Aziqqa Rodzuan dari Tadika Sri Ayu Taman Melati menyampaikan ucapan dalam versi Bahasa Malaysia kemudian disusuli ucapan adik Firdaus Farhan Fathurahman dari Tadika Setia Kasih Manja dai dalam versi Bahasa Inggeris.
Antara aturcara majlis ialah persembahan pertunjukan fesyen anak-anak Taska 1 dan 2 Tadika Sri Ayu Taman Melati yang dipimpin Puan Robingatunaimah Misni.
Tarian dan nyian lagu So Hot oleh anak-anak Taska 1&2 Sri Ayu Taman Melatu yang dipimpin oleh Cik Siti Mazira Mulkis.
Sementara persembahan tarian dan nyanyian Pop Yeh Yeh menerusi lagu Zunika disampaikan oleh kanak-kanak pro-sekolah 2 dan Tadika Sri Ayu Taman Melati yang dibimbing oleh Puan Marina Suliman.
Acara tarian dan nyanyian lagu Nobody, gabungan kanak-kanak pro-sekolah 2 dan Tadika A dari Tadika Sri Ayu Taman Melati yang diasuh oleh Cik Norehan Husaini.
Seterusnya tarian dan nyanyian lagu Ladki Badi Anjani Hai oleh kanak-kanak pra-sekolah 2 Tadika Sri Ayu Taman Sri Gombak, dipimpin oleh Puan Rita a/p Savarimuthu.
Tarian dan nyanyian lagu Jai Ho pula dipersembahkan oleh kanak-kanak pra-sekolah 2 Tadika Sri Ayu Taman Sri Gombak juga dipimpin oleh Puan Rita a/p Savarimuthu.
Lagu Just Dance yang ditari dan diyanyikan oleh kanak-kanak pra-sekolah dari Tadika Tunas Berjya, dipimpin Cik Noor Syuhadah Sarojuddin, menambah meriah lagi suasana.
Kanak-kanak pra-sekolah Tadika Setia Kasih Manja pula menyampaikan lagu Dhoom Macale dengan tarian yang menghiburkan tetamu diajar oleh Puan Yoga Shila a/p Krishnan.
Selepas persembahan, lapan kanak-kanak dari empat tadika dengan diiringi bunga mangar menerima anugerah Tokoh Tunas Jaya sesi 2010 yang disampaikan sendiri oleh ibu bapa masing-masing sebagai penghormatan guru kepada ibu bapa anak-anak yang cemerlang sepanjang menimba ilmu di sini.
Seterusnya persembahan lagu nasyid Taubat Maksiat gabungan kanak-kanak Tadika A&B dari Tadika Sri Ayu Taman Melati diikuti tarian serta nyanyian lagu Ayam Den Lapeh juga gabungan kanak-kanak Tadika A&B dari Tadika Sri Ayu Taman Melati, kedua-duanya dipimpin oleh Puan Marina Suliman.
Kanak-kanak Tadika Sri Ayu Taman Sri Gombak pula menari dan menyampaikan lagu Barbie Girl serta persembahan tarian dan nyanyian rangkaian lagu Good Morning dan Old Mc Donald dari tadika yang sama di bawah pimpinan Puan Rostina Salim.
Dalam acara ke-13 pula, tarian dan nyanyian lagu Thai berjudul Oh…Oh…Oh oleh kanak-kanak Tadika Tunas Berjaya menunjukan bakat mereka hasil asuhan guru mereka, Puan Noor Syuhadah Sarojuddin.
Bagi lagi Hoorey Hoorey, persembahan tarian dan nyanyian dihiburkan oleh kanak-kanak Tadika Setia Kasih Manja di pimpin oleh Puan Yoga Shila a/p Krishnan yang juga memimpin bagi persembahan nyanyian dan tarian lagu You Are My Sunshine.
Akhir sekali, tarian dan nyanyian lagu Hati Tak Tahan oleh kanak-kanak Tadika Sri Ayu Taman Melati, yang dipimpin oleh cik Norehan Husaini, pula mengadakan persembahan sekaligus menutup acara majlis penyampaian anugerah Tokoh Tunas Jaya sesi 2010.

















Sebalik tabir kejayaan majlis Anugerah Tokoh Tunas Jaya sesi 2010

INILAH barisan disebalik tabir para guru yang bertanggung jawab mengcungkil bakat dan kecemerlangan anak-anak sepanjang belajar di tadika.
Sewajarnya mereka, para guru ini mendapat penghargaan daripada ibu bapa termasuklah dengan ucapan tahniah, terima kasih atau cenderahati..
Jika ada ibu bapa yang mahu berbuat demikian, emelkan kepada kami dan insya-Allah akan disiarkan pada tempelan berikutnya.
Terima Cikgu! Tanpa anda malaplah kilauan cahaya permata…



Jumaat, 21 Mei 2010

Sukan Tahunan Tadika 2010 Meriah...

SABTU lalu, tanggal 22 Mei 2010, berlangsung satu lagi acara penting bagai kanak-kanak Taska dan Tadika Sri Ayu Taman Sri Gombak.
Sukan Tahunan yang diadakan setiap Mei, berjalan dengan lancar, miskipun hujan renyai mula turun seawal jam 8.30 pagi.
Namun, acara sukan tahunan yang melibatkan Taska dan Tadika Sri Ayu Taman Melati, Tunas Berjaya dan Setia Kasih Manja, di dalam 11 acara tidak termasuk acara untuk ibu, bapa dan para guru, tetap diteruskan dengan jayanya.
Majlis perasmian Gabungan Sukan Tahunan Tadika Tadika, disempurnakan oleh Cik Fauziah Musa dari Tadika Sri Ayu Bestari, Puchong Prima, diikuti bacaan ikrar sukan oleh adik Nor Izzati Hazizi dari Tadika Sri Ayu Taman Sri Gombak.
Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak, turut memeriahkan majlis ini sehingga ke wisel terakhir ditiup, dengan merakamkan suasana dengan lensa kamera dan video kamera.
Sementara itu, Pasukan Promosi dan Pemasaran dari Axa Affin Bank Berhad, Wangsa Maju CRS, turut membantu menjayakan program ini dengan menyediakan hadiah percutian kepada ibu bapa dan penjaga yang dapat meneka jumlah wang siling tabung dengan tepat.
Puan Nor Hariati Mohd Nor dari Gombak Setia berjaya meneka dengan tepat. Sebagai ganjaran, beliau berpeluang menikmati pakej percutian 3 hari 2 malam bernilai RM1,470pergi ke Bali, Indonesia bersama pasanganya.
Tahniah kepada Puan Hariati dan pemenang tempat kedua (menginap di Golden Horses Palace) dan pemenang ketiga, bermalam di Hotel Rennaissonce bernilai RM500.00






















Khamis, 20 Mei 2010

Hari Sukan Tahunan Tadika 2010

Gabungan Sukan Tahunan Tadika Tadika

IBU BAPA anak-anak pra-sekolah serta kanak-kanak di Tadika Sri Ayu (Taman Melati, Taman Sri Gombak), Tadika Tunas Berjaya (Setapak) dan Tadika Setia Kasih Manja (Taman Pinggiran), dipelawa meluangkan masa menghadiri majlis sukan tahunan anak-anak tuan/puan.

Tarikh: 22 Mei 2010, Sabtu
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Padang Sek. Ren. Keb. Taman Melati, Setapak, KL.

Pelbagai acara sukan disediakan. Antaranya, mini basket ball, patriot, the mask of zorro, my saving, siapa banyak?, cowboy adventure, bawa bola dalam piring, mengisi bola dalam kon, untuk mu ibu, siapa cepar, keep rolling, acara ibu, acara bapa dan acara guru...

Aturcara program:
8.45 pagi: kehadiran / perbarisan / nyanyian lagu Negaraku (diketuai Cik Nur 'Ashiqin Bt Ahmat, Tadika Sri Ayu Taman Melati) / ucapan pembukaan (Cik Fauziah Bt Musa, Tadika Sri Ayu Bestari, Puchong Prima) / ikrar sukan (adik Nur Izzati Bt Hazizi, Tadika Sri Ayu Taman Sri Gombak) / Senamrobik Gabungan Tadika / acara sukan bermula / penyampaian hadiah /
11.30 pagi: Bersurai...

Sekalung budi dan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Bank Muamalat cawangan UIAM dan Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Melawati dan kakitangan sekolah...

Isnin, 17 Mei 2010

Lawatan Ke Zoo Negara

HUJUNG Mac lalu, Tadika Sri Ayu Fasa 4 Gombak, mengadakan lawatan selama lima jam ke Zoo Negara. Lawatan tahunan ini memberi peluang kepada kanak-kanak tadika mengenali lebih dekat habitat haiwan. Selain itu, kanak-kanak juga berpeluang menyaksikan persembahan akrobatik haiwan Anjing Laut dan burung helang. Rat-rata kanak-kanak terhibur menyaksikan persembahan ini dan pulang dengan wajah yang ceria...










Selasa, 16 Mac 2010

Maulidur Rasul dan Memotong Kek Hari Jadi










SEPERTI di Tadika Sri Ayu Taman Melati, sambutan Maulidur Rasul juga diadakan pada Jumaat lalu, di Tadika Sri Ayu Gombak. Kanak-kanak tadika diiringi tiga guru berarak mengelilingi tadika sambil berselawat dan membawa sepanduk.


Selepas majlis itu, diadakan acara memotong kek bagi meraikan kanak-kanak yang menyambut hari jadi pada bulan ini. Seramai tujuh kanak-kanak memotong kek masing-masing dengan ceria.


Menurut Penyelia Tadika, Puan Rita, aktiviti seperti ini menjadi program tetap setiap tahun. tetapi sebelum acara memotong kek, guru tadika secara bergilir membacakan pengkisahan Nabi Junjungan Muhammad s.a.w sejak kecil hingga di angkat menjadi Rasul dan Nabi kepada kanak-kanak


Ahad, 14 Februari 2010

Selamat Tahun baru Cina 2010


Kepada pengunjung blog, pengurusan sesawang mengambil kesempatan mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada ibu bapa dan rakan berketurunan Cina.
Semoga berharap pada Tahun Harimau ini akan membawa keamanan dan kebahagiaan kepada semua warga di negara tercinta ini…”