Rabu, 24 November 2010

Anugerah Tokoh Tunas Jaya 2010

…majlis penyampaian anugerah empat tadika sesi 2010
IBU SARUNG SELEMPANG 8 TOKOH TUNAS JAYA
HATI ibu dan ayah mana yang tidak berbangga apabila diberi peluang menyarung selempang anugerah tokoh cemerlang kepada anak sendiri.
Perasaan sebak inilah yang terjadi di majlis penyampaian Anugerah Tokoh Tunas Jaya sesi 2010 yang diadakan di Kompleks Muhibbah Selayang, di Taman Industri Bolton, Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.
Sambil mengucap tahniah dan mengucup dahi anak, ibu dan ayah menyarung selempang yang menjadi kebanggaan dan kenangan manis kepada kaum keluarga.
Sebanyak empat tadika membabitkan lebih 180 kanak-kanak berusia lima dan enam tahun memeriahkan majlis penyampaian Anugerah Tokoh Tunas Jaya sesi 2010.
Empat tadika itu ialah Tadika Tunas Berjaya Wangsa Melawati, Tadika Setia Kasih Manja Taman Pinggiran, Batu Caves, Tadika Sri Ayu Taman Sri Gombak dan Tadika Sri Ayu Taman Melati, Kuala Lumpur.
Majlis yang bermula jam 8.30 pagi menyaksikan bacaan doa oleh Ahmad Shaari diikuti ucapan alu-aluan Puan Marina Suliman, Penolong Penyelia Tadika Sri Ayu.
Sementara itu adik Nurafiff Aziqqa Rodzuan dari Tadika Sri Ayu Taman Melati menyampaikan ucapan dalam versi Bahasa Malaysia kemudian disusuli ucapan adik Firdaus Farhan Fathurahman dari Tadika Setia Kasih Manja dai dalam versi Bahasa Inggeris.
Antara aturcara majlis ialah persembahan pertunjukan fesyen anak-anak Taska 1 dan 2 Tadika Sri Ayu Taman Melati yang dipimpin Puan Robingatunaimah Misni.
Tarian dan nyian lagu So Hot oleh anak-anak Taska 1&2 Sri Ayu Taman Melatu yang dipimpin oleh Cik Siti Mazira Mulkis.
Sementara persembahan tarian dan nyanyian Pop Yeh Yeh menerusi lagu Zunika disampaikan oleh kanak-kanak pro-sekolah 2 dan Tadika Sri Ayu Taman Melati yang dibimbing oleh Puan Marina Suliman.
Acara tarian dan nyanyian lagu Nobody, gabungan kanak-kanak pro-sekolah 2 dan Tadika A dari Tadika Sri Ayu Taman Melati yang diasuh oleh Cik Norehan Husaini.
Seterusnya tarian dan nyanyian lagu Ladki Badi Anjani Hai oleh kanak-kanak pra-sekolah 2 Tadika Sri Ayu Taman Sri Gombak, dipimpin oleh Puan Rita a/p Savarimuthu.
Tarian dan nyanyian lagu Jai Ho pula dipersembahkan oleh kanak-kanak pra-sekolah 2 Tadika Sri Ayu Taman Sri Gombak juga dipimpin oleh Puan Rita a/p Savarimuthu.
Lagu Just Dance yang ditari dan diyanyikan oleh kanak-kanak pra-sekolah dari Tadika Tunas Berjya, dipimpin Cik Noor Syuhadah Sarojuddin, menambah meriah lagi suasana.
Kanak-kanak pra-sekolah Tadika Setia Kasih Manja pula menyampaikan lagu Dhoom Macale dengan tarian yang menghiburkan tetamu diajar oleh Puan Yoga Shila a/p Krishnan.
Selepas persembahan, lapan kanak-kanak dari empat tadika dengan diiringi bunga mangar menerima anugerah Tokoh Tunas Jaya sesi 2010 yang disampaikan sendiri oleh ibu bapa masing-masing sebagai penghormatan guru kepada ibu bapa anak-anak yang cemerlang sepanjang menimba ilmu di sini.
Seterusnya persembahan lagu nasyid Taubat Maksiat gabungan kanak-kanak Tadika A&B dari Tadika Sri Ayu Taman Melati diikuti tarian serta nyanyian lagu Ayam Den Lapeh juga gabungan kanak-kanak Tadika A&B dari Tadika Sri Ayu Taman Melati, kedua-duanya dipimpin oleh Puan Marina Suliman.
Kanak-kanak Tadika Sri Ayu Taman Sri Gombak pula menari dan menyampaikan lagu Barbie Girl serta persembahan tarian dan nyanyian rangkaian lagu Good Morning dan Old Mc Donald dari tadika yang sama di bawah pimpinan Puan Rostina Salim.
Dalam acara ke-13 pula, tarian dan nyanyian lagu Thai berjudul Oh…Oh…Oh oleh kanak-kanak Tadika Tunas Berjaya menunjukan bakat mereka hasil asuhan guru mereka, Puan Noor Syuhadah Sarojuddin.
Bagi lagi Hoorey Hoorey, persembahan tarian dan nyanyian dihiburkan oleh kanak-kanak Tadika Setia Kasih Manja di pimpin oleh Puan Yoga Shila a/p Krishnan yang juga memimpin bagi persembahan nyanyian dan tarian lagu You Are My Sunshine.
Akhir sekali, tarian dan nyanyian lagu Hati Tak Tahan oleh kanak-kanak Tadika Sri Ayu Taman Melati, yang dipimpin oleh cik Norehan Husaini, pula mengadakan persembahan sekaligus menutup acara majlis penyampaian anugerah Tokoh Tunas Jaya sesi 2010.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan