Rabu, 25 November 2009

Ucapan!


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...


PADA semua muslimin dan muslimat, semoga semua diberikan-NYA keberkatan, kerahmatan, keampunan dan kebahagiaan pada hari yang mulia ini.

Renung dan hayati semangat disebalik hari perayaan ini agar ia memberi sinar dan dorongan untuk terus berkorban apa saja demi agama,bangsa dan negara.

Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami di tadikasriayu.blogspot

Sabtu, 21 November 2009

Happy Birthdays To You












Selamat Ulang Tahun Semoga Adik Berjaya Di Masa Depan
ITULAH yang dapat dikalungkan ucapan tahniah kepada tujuh kenak-kanak Tadika Sri Ayu Gombak, yang menyambut ulang tahun sepanjang November dan Disember.
Majlis yang sederhana diadakan bagi meraikan mereka yang bertuah dengan tiupan lilin dan memotong kek sumbangan ibu bapa masing-masing.
Tiga kanak-kanak yang menyambut ulang tahun pada November ialah Fawwaz Amin B Muhammad Firdaus (9 Nov 2004), Firzanah Amni Bt Muhammad Firdaus (14 Nov 2003) dan Ainaa Syuhada Husna Bt Saini (20 Nov 2003).
Dan pada Disember ini, seramai empat kanak-kanak meraikan ulang tahun bermula dengan Muhammad Fahmi B Zulkifli (4 Dis 2003), Fatin Insyirah Bt Amir hamzah (10 Dis 2003), Muhammad Farhan B Farit (18 Dis 2003) dan Manpreet Singh Thana Singh (26 Dis 2003).
Selamat Menyambut Ulang Tahun semoga kekal ceria kepada kanak-kanak yang bakal dewasa sebagai generasi negara bangsa.
Terima kasih kepada guru yang menyempurnakan majlis ringkas ini; Cikgu Rita, Cikgu Norshida dan Cikgu Faizah.

Jumaat, 20 November 2009

Mini Konsert!






































































































































































































































































































































18 kumpulan penghibur kanak-kanak lima Tadika ceriakan ibu bapa


Sempena program penyampaian Anugerah Tokoh Tunas Jaya Sesi 2009, turut diadakan persembahan tarian dan nyanyian membabitkan 18 kumpulan dari lima tadika.


Sesungguhnya komitmen kanak-kanak Tadika memberikan yang terbaik sepanjang persembahan tersebut, mendapat tepukan gemuruh dari ibu bapa dan penjaga yang hadir.


Lima Tadika terbabit ialah Tadika Sri Ayu Taman Sri Gombak dan Taman Melati, diikuti Tadika Tunas Berjaya Wangsa Melawati, Setapak seterusnya Tadika Setia Kasih Taman Pinggiran, Batu Caves dan akhir sekali Tadika Bistari Ceria Taman Pelangi, Sentul, Kuala Lumpur.


Inilah gaya dan sentuhan guru serta ibu bapa yang mahukan penampilan anak-anak mereka cantik bergaya.

Khamis, 19 November 2009

Peristiwa!






Majlis Penyampaian Anugerah Tokoh Tunas Jaya, meriah
LIMA Tadika bergabung memeriahkan pagi Sabtu 14 November lalu, yang dianggap sebagai detik manis pada majlis penyampaian kepada 10 pelajar terpilih menerima Anugerah Tokoh Tunas Jaya 2009, baru-baru ini.
Tadika yang terbabit dalam program ini ialah Tadika Sri Ayu Gombak dan Tadika Sri Ayu Taman Melati, Tadika Tunas Berjaya Wangsa Melawati, Tadika Setia Kasih Taman Pinggiran Batu Caves dan Tadika Bistari Ceria Taman Pelangi, Sentul, Kuala Lumpur.
Sebelum itu, majlis diserikan persembahan nyanyian dan tarian yang disertai 18 kumpulan pelajar dari semua tadika.
Turut hadir di majlis yang diadakan di Kompleks Muhibbah Selayang, Taman Industri Bolton ialah Pengerusi Tadika Sri Ayu, Hajah Fazilah @ Faridah Che Rose, pengetua dan penyelia tadika dan guru serta ibu bapa dan penjaga kanak-kanak.

Rabu, 4 November 2009

Info Penting & Berita Terkini!

KONSERT & MAJLIS ANUGERAH TOKOH TUNAS JAYA 2009
IBUBAPA/PENJAGA dialu-alukan bagi menghadiri konsert dan majlis Anugerah Tokoh Tunas Jaya 2009.
Tarikh: 14 November 2009, Sabtu
Jam: 8.30 pagi
Tempat: Kompleks Muhibbah, Taman Industri Bolton, Taman Sri Gombak, selangor D.E
Murid-murid dikehendaki berada di dewan berkenaan selewat-lewatnya jam 8.00 pagi dan diminta memakai pakaian yang telah ditetapkan serta lengkap dan kasut. Pihak Tadika juga meminta kerjasama ibubapa/penjaga menyolek dan memperkemaskan pakaian anak-anak mereka pada hari tersebut.
----------------------------------------------------------------

CUTI
ADALAH dimaklumkan Tadika akan ditutup pada 16 November 2009, Isnin sempena konsert dan majlis Anugerah Tokoh Tunas Jaya 2009, yang diadakan lalu.
-----------------------------------------------------------------

HARI PERJUMPAAN IBUBAPA/PENJAGA
TADIKA akan mengadakan Hari Perjumpaan Ibubapa/Penjaga. Oleh itu semua Ibubapa/Penjaga diminta meluangkan masa dan seelok-eloknya berada di majlis ini. Pada hari tersebut ibubapa/penjaga akan diberitahu tentang Program Kurikulum tahun 2010 selain penyerahan kad penilaian murid-murid termasuk memberitahu perkembangan/pencapaian murid-murid di Tadika.
Tarikh: 17 November 2009, Selasa
Jam: 9 Pagi hingga 12 tengah hari
------------------------------------------------------------------
JAMUAN HARI LAHIR
JAMUAN Hari Lahir akan diadakan pada 20 November 2009, Jumaat bagi meraikan kanak-kanak yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Oktober, November dan Disember.
Pada hari tersebut kanak-kanak dibenarkan berpakaian bebas dan waktu balik ialah jam 10.30 pagi.
Kepada ibubapa/penjaga yang ingin menyumbangkan kek, kuih-muih dan sebagainya, bolehlah berbuat demikian. Segala sumbangan yang diberi, pihak Tadika mengucapkan ribuan terima kasih.
-----------------------------------------------------------------

PENDAFTARAN BARU TADIKA SESI 2010
PENDAFTARAN baru sesi 2010 sudahpun di buka sekarang. Tadika mengalu-alukan kanak-kanak yang dilahirkan pada 2004, 2005 dan 2006 untuk meneruskan persekolahan mereka di Tadika ini.
-----------------------------------------------------------------
PROGRAM CUTI SEKOLAH
TADIKA akan mengadakan Program Cuti Sekolah bagi memenuhi masa cuti kanak-kanak agar lebih bermanfaat. Bersama ini disertakan info program yang akan diseliakan oleh tenaga pengajar berpengalaman.
Program ini berjalan selama sebulan dan akan bermula pada 23 November, Isnin dan berakhir pada 24 Disember 2009, Khamis. Setiap hari satu mata pelajaran akan diajar dan kelas akan bermula jam 9.30 pagi hingga jam 10.30 pagi.
Sebanyak lima mata pelajaran akan disediakan kepada peserta program ini. Iaitu bahasa Inggeris, agama Islam, bahasa Melayu, smart Matematik dan smart Jawi.
Sekiranya ibubapa/penjaga ingin anak-anak mereka menyertai keseluruhan pakej mata pelajaran, yang disediakan, yuran sebanyak RM200.00 akan dikenakan. Namun jika ibubapa/penjaga mahu anak-anak mereka mengikuti hanya satu mata pelajaran sahaja, sebanyak RM60.00 dikenakan.
Namun adalah syorkan mengambil semua mata pelajaran dalam pakej pertama, memandangkan, ia dapat menjimatkan RM20.00 untuk satu mata pelajaran!

Pakej A:
5 mata pelajaran: RM200.00

Pakej B:
1 mata pelajaran: RM60.00


Pengetua Tadika
Puan Hajah Wan Faridah Akmal Wan Endut