Rabu, 4 November 2009

Info Penting & Berita Terkini!

KONSERT & MAJLIS ANUGERAH TOKOH TUNAS JAYA 2009
IBUBAPA/PENJAGA dialu-alukan bagi menghadiri konsert dan majlis Anugerah Tokoh Tunas Jaya 2009.
Tarikh: 14 November 2009, Sabtu
Jam: 8.30 pagi
Tempat: Kompleks Muhibbah, Taman Industri Bolton, Taman Sri Gombak, selangor D.E
Murid-murid dikehendaki berada di dewan berkenaan selewat-lewatnya jam 8.00 pagi dan diminta memakai pakaian yang telah ditetapkan serta lengkap dan kasut. Pihak Tadika juga meminta kerjasama ibubapa/penjaga menyolek dan memperkemaskan pakaian anak-anak mereka pada hari tersebut.
----------------------------------------------------------------

CUTI
ADALAH dimaklumkan Tadika akan ditutup pada 16 November 2009, Isnin sempena konsert dan majlis Anugerah Tokoh Tunas Jaya 2009, yang diadakan lalu.
-----------------------------------------------------------------

HARI PERJUMPAAN IBUBAPA/PENJAGA
TADIKA akan mengadakan Hari Perjumpaan Ibubapa/Penjaga. Oleh itu semua Ibubapa/Penjaga diminta meluangkan masa dan seelok-eloknya berada di majlis ini. Pada hari tersebut ibubapa/penjaga akan diberitahu tentang Program Kurikulum tahun 2010 selain penyerahan kad penilaian murid-murid termasuk memberitahu perkembangan/pencapaian murid-murid di Tadika.
Tarikh: 17 November 2009, Selasa
Jam: 9 Pagi hingga 12 tengah hari
------------------------------------------------------------------
JAMUAN HARI LAHIR
JAMUAN Hari Lahir akan diadakan pada 20 November 2009, Jumaat bagi meraikan kanak-kanak yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Oktober, November dan Disember.
Pada hari tersebut kanak-kanak dibenarkan berpakaian bebas dan waktu balik ialah jam 10.30 pagi.
Kepada ibubapa/penjaga yang ingin menyumbangkan kek, kuih-muih dan sebagainya, bolehlah berbuat demikian. Segala sumbangan yang diberi, pihak Tadika mengucapkan ribuan terima kasih.
-----------------------------------------------------------------

PENDAFTARAN BARU TADIKA SESI 2010
PENDAFTARAN baru sesi 2010 sudahpun di buka sekarang. Tadika mengalu-alukan kanak-kanak yang dilahirkan pada 2004, 2005 dan 2006 untuk meneruskan persekolahan mereka di Tadika ini.
-----------------------------------------------------------------
PROGRAM CUTI SEKOLAH
TADIKA akan mengadakan Program Cuti Sekolah bagi memenuhi masa cuti kanak-kanak agar lebih bermanfaat. Bersama ini disertakan info program yang akan diseliakan oleh tenaga pengajar berpengalaman.
Program ini berjalan selama sebulan dan akan bermula pada 23 November, Isnin dan berakhir pada 24 Disember 2009, Khamis. Setiap hari satu mata pelajaran akan diajar dan kelas akan bermula jam 9.30 pagi hingga jam 10.30 pagi.
Sebanyak lima mata pelajaran akan disediakan kepada peserta program ini. Iaitu bahasa Inggeris, agama Islam, bahasa Melayu, smart Matematik dan smart Jawi.
Sekiranya ibubapa/penjaga ingin anak-anak mereka menyertai keseluruhan pakej mata pelajaran, yang disediakan, yuran sebanyak RM200.00 akan dikenakan. Namun jika ibubapa/penjaga mahu anak-anak mereka mengikuti hanya satu mata pelajaran sahaja, sebanyak RM60.00 dikenakan.
Namun adalah syorkan mengambil semua mata pelajaran dalam pakej pertama, memandangkan, ia dapat menjimatkan RM20.00 untuk satu mata pelajaran!

Pakej A:
5 mata pelajaran: RM200.00

Pakej B:
1 mata pelajaran: RM60.00


Pengetua Tadika
Puan Hajah Wan Faridah Akmal Wan Endut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan