Sabtu, 22 Ogos 2009

Selamat Hari Jadi!





































Salam. Walaupun murid prasekolah Azmeer Hakimi Azhar, hanya dapat meraikan ulang tahun keenam tanggal 17 Ogos, Isnin, hampir lapan hari yang lalu namun kemeriahan yang disambut di Tadika Sri Ayu oleh guru dan murid-murid lain, barangkali menjadi peristiwa manis kepada dirinya.
Azmeer, satu-satunya murid yang menyambut ulang tahun sepanjang Ogos. Lebih menarik lagi, 'birthday boy' ini tidak bersendiri memotong kek hari jadi. Dia turut ditemani tiupan lilin seramai sembilan murid lagi yang menyambutnya pada September dan Oktober.
Menurut Cikgu Rita sambutan lebih awal kerana menghormati bulan Ramadan, yang jatuih pada Ogos ini. Jadi lebih baik ia diadakan sekarang.
Murid prasekolah yang menyambut birthday pada September dan Oktober ialah Mohammad Azib Azar (15 September) yang berkongsi hari jadi dengan Afrina Maisarah Azian iaitu pada 15 September.
Diikuti Muhammad Zarif Irfan Mahadir (16 September), Mohamad Haikal Daniel Nor Azam (17 September), Qurratul Ain Qudsi Muhamad Kushairi (19 September), Muhammad Haziq Hailkal Hasbullah (21 September), Adib Haiqal Che Anuar (5 Oktober), Alif Iskandar Kamarul Zaman (20 Oktober), Izureen Husna Zaizul Jamil (22 Oktober) dan akhir sekali, Muhamad Luthfi Abdul Hamid (23 Oktober).
Tahniah dan semoga ulang tahun keenam memberi kegembiraan kepada bakal pewaris generasi negara di masa hadapan. Disiarkan gambar sambutan yang diadakan tempuh hari.


Keterangan gambar: Azmeer Hakimi Azhar sambut ulang tahun pada 17 Ogos lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan