Sabtu, 22 Ogos 2009

Merdeka, Merdeka...Merdeka Malaysiaku ke 52

Salam kemerdekaan kepada seluruh bangsaku yang kini sudah menikmati 52 tahun mengapai kemerdekaan dari penjajah.
Merdeka, Merdeka...Merdeka!
Anak generasi kini gembira dapat menghirup udara nyaman dan aman di dalam negara yang hidupnya berbilang kaum keturunan.
Merdeka, Merdeka...Merdeka!
Sudah sampai masanya dijaga, dipelihara keamananan yang diperjuangan oleh datuk moyang menentang penjajahan. Bermula Datuk Maharajalela, Datuk Sagor, Raja Abdullah, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Gajah dan ribuan pejuang bangsa yang berkorban demi tidak mahu melihat keturunan dijajah.
Merdeka, Merdeka...Merdeka!
Kebimbangan pahlawan dan pejuang Melayu, bimbang melihat tanah tumpah menjadi milik orang lain kini sudah menjelma! Ketakutan oleh datuk moyang kini menjadi realiti! Apakah nasib anak bangsa selepas ini, sekiranya tiada yang menyedarkan mereka tentang bahaya hidup dijajah?
Merdeka, Merdeka...Merdeka! Laungan yang semakin tidak dipedulikan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan