Rabu, 5 Ogos 2009

Diari Tadika Ogos

Salam sejahtera.
Tiga peristiwa penting yang bakal dirasai anak-anak Tadika Sri Ayu pada bulan ini. Selain dari itu, selama seminggu anak-anak akan bercuti sempena semesta kedua bermula 22 Ogos hingga 30 Ogos 2009.
Sesi bergambar
Tadika akan mengadakan sesi bergambar pada hari Rabu, 19 Ogos 2009. Ibu bapa/penjaga diminta memastikan anak-anak dapat hadir pada tarikh tersebut dengan berpakaian seragam sekolah dan berkasut sekolah warna putih (murid lelaki memakai baju kemeja dan seluar panjang manakala murid perempaun berbaju kurung).
Peraduan mewarna
Bagi anak-anak yang gemar mewarna inilah masanya mereka menunjukan bakat semula jadi. Pada hari Khamis, 20 Ogos 2009, akan diadakan peraduan mewarna bertempat di perkarangan sekolah.
Sambutan hari lahir, pra-kemerdekaan
Bagi anak-anak yang lahir pada Julai, Ogos dan September, majlis meraikan ulang tahun akan diadakan pada hari Jumaat, 21 Ogos 2009 ini. Ibu bapa/penjaga yang ingin memberi sumbangan kuih-muih, adalah dialu-alukan.
Sementara sambutan Pra-Kemerdekaan diadakan lebih awal, memandangkan ulang tahun kemerdekaan jatuh pada bulan Ramadan. Oleh itu sambutannya akan diadakan pada hari Jumaat, 21 Ogos 2009 serentak dengan sambutan hari lahir.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan