Kerajaan akan beri insentif galak swasta buka kelas pra-sekolah
Kerajaan akan memberikan insentif kepada pihak swasta dalam usaha menggalakkan mereka membuka lebih banyak kelas-kelas pra-sekolah di bandar dan luar bandar.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembukaan kelaskelas ini akan membolehkan lebih ramai ibu bapa menikmati kemudahan pendidikan pra sekolah buat anak-anak mereka, sekaligus meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti.
"Kerajaan akan umumkan selepas perbincangan dengan Perdana Menteri, bentuk insentif itu, seperti menyediakan tabung pinjaman kepada pihak swasta yang mahu membuka sekolah berkenaan, dan sebagainya," katanya.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran dan Anggota Parlimen Pagoh berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Karnival Pendidikan dan Kerjaya Parlimen Pagoh, di sini, hari ini.
Muhyiddin seterusnya berkata kerajaan juga tidak mempunyai masalah untuk memberikan lesen kepada para pengusaha terbabit bagi menjayakan rancangan membuka lebih banyak kelas-kelas prasekolah.
Sementara itu merujuk kepada SubBidang Keberhasilan Negara (Sub-NKRA) Sekolah Berprestasi Tinggi, Timbalan Perdana Menteri berkata 20 sekolah sudah dikenal pasti sebagai sekolah yang mampu menjadi contoh dan diberikan perhatian oleh kerajaan.
Katanya sekolahsekolah yang akan dimumkan kelak itu bukan sahaja mempunyai kriteria sejarah prestasi tinggi dari segi keputusan peperiksaan malah turut memiliki guru yang cemerlang.
"Sekolah terpilih ini akan diberi perhatian dan tumpuan supaya ia menjadi contoh. Semua pelajar akan diberikan tempat untuk belajar di sekolahsekolah ini termasuk yang miskin tetapi cemerlang," katanya.
Muhyiddin berkata kerajaan berharap dapat mewujudkan 100 buah Sekolah Berprestasi Tinggi dalam jangka masa lima tahun akan datang. BERNAMA
Senamrobik Perdana PIBG SK Hulu Kelang 2013
-
Assalam. Sabtu tanggal 13 April 2013, berlangsungnya program Senamrobik
Perdana PIBG SK Hulu Kelang di padang sekolah yang dihadiri lebih 600 murid
dan ibu...
11 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan