Ahad, 5 Jun 2011

Selamat Hari Jadi Anak Anak....Semoga Ceria Selalu

MINGGU lalu, Jumaat, seramai sembilan kanak-kanak dari Tadika Sri Ayu Taman Sri Gombak diraikan dalam majlis sambutan ulang tahun kelima. Syukur alhamdulillah, ibu bapa dan penjaga anak-anak sanggup bersusah payah menyediakan kek-kek yang lazat untuk dijadikan hidangan pada majlis ini.
Sesungguhnya ibu bapa dan penjaga yang penyayang tidak pernah jemu memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Kasih sayang yang tidak terhingga mengingati tarikh lahir anak kesayangan mereka wajar menjadi ingatan kepada anak-anak apabila besar nanti.
Sesuai dengan sambutan Hari Bapa atau Hari Ayah atau Hari Papa pada 16 Jun ini semestinya anak-anak yang sudah besar dan mempunyai pekerjaan meraikan ayah atau bapa mereka dengan majlis makan malam seterusnya menghadiahkan sesuatu yang dapat dikenang selama ayah masih hidup.
Terima kasih kepada Cikgu Rita dan cikgu-cikgu di tadika Sri Ayu Seri Gombak yang bersusah payah menguruskan majlis ini dengan sempurna.
Peristiwa manis ini diabadikan di dalam blog ini sebagai koleksi buat ibu bapa untuk disimpan dan dicetak.
































Khamis, 26 Mei 2011

Hari Sukaneka Tahunan Taska dan Tadika Sri Ayu 2011

KEMERIAHAN program Hari Sukaneka Tahuna Tadika Tadika Sri Ayu 2011 bukan sahaja bermakna kepada kanak-kanak yang menyertai sembilan acara yang disediakan.
Malah ibu bapa dan guru-guru ikut terlibat dengan menyertai acara khas untuk mereka dengan hadiah yang menarik juga disediakan.
Sukan Sukaneka Tahunan Tadika Tadika Sri Ayu 2011 yang diadakan saban tahun turut menjadi medan kepada ibu bapa mengeratkan hubungan salitulrahim dengan guru-guru.
Bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Taman Melati, program yang dimulakan dengan bacaan ikrar dan lagu kebangsaan NegaraKu, menandakan acara tahunan ini dengan rasminya dilancarkan.