Selasa, 27 Oktober 2009

Bila Ujian Bermula...










































Ujian Penilaian Semesta Kedua Bermula
Gombak, Selangor: Hampir 50 kanak-kanak Tadika Seri Ayu, Gombak berjaya menyesuaikan diri bagi menghadapi hari pertama Ujian Penilaian Semesta Kedua yang bermula Isnin lalu.
Ujian Penilaian Semesta Kedua yang diadakan selama lima hari, turut dihadapi kanak-kanak bagi pra-sekolah lima tahun.
Sementara ujian terakhir ini menjadi penutup musim persekolahan kepada kanak-kanak berusia enam tahun, sebelum mereka melangkah ke alam sebenar ke sekolah rendah pada tahun depan.
















Isnin, 26 Oktober 2009

Kabar gembira dari Muhyiddin

Kerajaan akan beri insentif galak swasta buka kelas pra-sekolah
Kerajaan akan memberikan insentif kepada pihak swasta dalam usaha menggalakkan mereka membuka lebih banyak kelas-kelas pra-sekolah di bandar dan luar bandar.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembukaan kelaskelas ini akan membolehkan lebih ramai ibu bapa menikmati kemudahan pendidikan pra sekolah buat anak-anak mereka, sekaligus meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti.
"Kerajaan akan umumkan selepas perbincangan dengan Perdana Menteri, bentuk insentif itu, seperti menyediakan tabung pinjaman kepada pihak swasta yang mahu membuka sekolah berkenaan, dan sebagainya," katanya.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran dan Anggota Parlimen Pagoh berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Karnival Pendidikan dan Kerjaya Parlimen Pagoh, di sini, hari ini.
Muhyiddin seterusnya berkata kerajaan juga tidak mempunyai masalah untuk memberikan lesen kepada para pengusaha terbabit bagi menjayakan rancangan membuka lebih banyak kelas-kelas prasekolah.
Sementara itu merujuk kepada SubBidang Keberhasilan Negara (Sub-NKRA) Sekolah Berprestasi Tinggi, Timbalan Perdana Menteri berkata 20 sekolah sudah dikenal pasti sebagai sekolah yang mampu menjadi contoh dan diberikan perhatian oleh kerajaan.
Katanya sekolahsekolah yang akan dimumkan kelak itu bukan sahaja mempunyai kriteria sejarah prestasi tinggi dari segi keputusan peperiksaan malah turut memiliki guru yang cemerlang.
"Sekolah terpilih ini akan diberi perhatian dan tumpuan supaya ia menjadi contoh. Semua pelajar akan diberikan tempat untuk belajar di sekolahsekolah ini termasuk yang miskin tetapi cemerlang," katanya.
Muhyiddin berkata kerajaan berharap dapat mewujudkan 100 buah Sekolah Berprestasi Tinggi dalam jangka masa lima tahun akan datang. BERNAMA

Khamis, 22 Oktober 2009

Peristiwa!

Ingatan kepada ibubapa/penjaga
UJIAN PENILAIAN SEMESTA KEDUA
Tadika akan mengadakan Ujian Penilaian Semester Kedua bermula pada 26 hingga 30 Oktober 2009 iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat ini. Oleh itu pihak tadika berharap agar semua murid dapat hadir pada tarikh tersebut
--------------------------------------------------------------------------
TARIKH/HARI: 26/10/09, ISNIN
MASA: 8.30 > 9.30 PAGI - BAHASA MELAYU
MASA: 10.00 > 11.00 PAGI - BAHASA INGGERIS
---------------------------------------------------------
TARIKH/HARI: 27/10/09, SELASA
MASA: 8.30 > 9.30 PAGI - MATEMATIK
MASA: 10.00 > 11.00 PAGI - AGAMA ISLAM/MORAL
---------------------------------------------------------
TARIKH/HARI: 28/10/09, RABU
MASA: 8.30 > 9.30 PAGI - SAINS
---------------------------------------------------------
TARIKH/HARI: 29/10/09, KHAMIS
MASA: 8.30 > 9.30 PAGI - KOMPUTER
---------------------------------------------------------
TARIKH/HARI: 30/10/09, JUMAAT
MASA: 8.30 > 9.30 PAGI - PRESTASI
----------------------------------------------------------
YURAN!
IBUBAPA/PENJAGA yang belum menjelaskan yuran bulanan dan yuran tertunggak di harap dapat menjelaskan yuran tersebut dengan kadar segera memandangkan bulan November adalah bulan terakhir persekolahan.
Pengetua Tadika
Puan Hajah Wan Faridah Akmal Bt Wan Endut

Isnin, 19 Oktober 2009

Riang Ria Rai Aidilfitri





































KEGEMBIRAAN terserlah pada wajah kanak-kanak Tadika Sri Ayu Gombak meraikan jamuan makan Aidilfitri yang diadakan baru-baru ini.
Selain menikmati juadah kueh-mueh sumbangan ibu bapa, sumbangan duit raya turut diberikan kepada semua kanak-kanak. Duit raya sumbangan oleh ibu bapa, telah disampaikan oleh kanak-kanak sebagai penutup acara sambutan Aidilfitri pada tahun ini.
Insyallah, pada tahun hadapan program seumpamanya akan diadakan lagi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 Hijrah

Rabu, 7 Oktober 2009

Jamuan Hari Raya

Salam sejahtera.
Berita terkini. Pengurusan Tadika Sri Ayu Gombak akan mengadakan jamuan hari raya pada 9 Oktober 2009, hari Jumaat, di Tadika sri Ayu, Gombak.
Ibu bapa dan penjaga yang ingin menyumbang kuih muih, lemang dan ketupat serta rendang adalah dialu-alukan.
Kanak-kanak diminta menghadiri majlis ini dengan memakai baju raya dan waktu balik pada hari tersebut pada jam 10.30 pagi