Sabtu, 22 Ogos 2009

Selamat bercuti...

Salam. Mulai 24 Ogos sehingga 28 Ogos 2009, Tadika Sri Ayu Gombak ditutup kerana cuti penggal selama seminggu.
Seluruh tenaga kerja blogspot.com mengucapkan selamat bercuti kepada guru dan murid dan bertemu ke sekolah semula pada 2 September iaitu hari Selasa ini.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Aidilfitri yang dijangkakan pada 21 September depan.

Selamat Hari Jadi!





































Salam. Walaupun murid prasekolah Azmeer Hakimi Azhar, hanya dapat meraikan ulang tahun keenam tanggal 17 Ogos, Isnin, hampir lapan hari yang lalu namun kemeriahan yang disambut di Tadika Sri Ayu oleh guru dan murid-murid lain, barangkali menjadi peristiwa manis kepada dirinya.
Azmeer, satu-satunya murid yang menyambut ulang tahun sepanjang Ogos. Lebih menarik lagi, 'birthday boy' ini tidak bersendiri memotong kek hari jadi. Dia turut ditemani tiupan lilin seramai sembilan murid lagi yang menyambutnya pada September dan Oktober.
Menurut Cikgu Rita sambutan lebih awal kerana menghormati bulan Ramadan, yang jatuih pada Ogos ini. Jadi lebih baik ia diadakan sekarang.
Murid prasekolah yang menyambut birthday pada September dan Oktober ialah Mohammad Azib Azar (15 September) yang berkongsi hari jadi dengan Afrina Maisarah Azian iaitu pada 15 September.
Diikuti Muhammad Zarif Irfan Mahadir (16 September), Mohamad Haikal Daniel Nor Azam (17 September), Qurratul Ain Qudsi Muhamad Kushairi (19 September), Muhammad Haziq Hailkal Hasbullah (21 September), Adib Haiqal Che Anuar (5 Oktober), Alif Iskandar Kamarul Zaman (20 Oktober), Izureen Husna Zaizul Jamil (22 Oktober) dan akhir sekali, Muhamad Luthfi Abdul Hamid (23 Oktober).
Tahniah dan semoga ulang tahun keenam memberi kegembiraan kepada bakal pewaris generasi negara di masa hadapan. Disiarkan gambar sambutan yang diadakan tempuh hari.


Keterangan gambar: Azmeer Hakimi Azhar sambut ulang tahun pada 17 Ogos lalu.

Merdeka, Merdeka...Merdeka Malaysiaku ke 52

Salam kemerdekaan kepada seluruh bangsaku yang kini sudah menikmati 52 tahun mengapai kemerdekaan dari penjajah.
Merdeka, Merdeka...Merdeka!
Anak generasi kini gembira dapat menghirup udara nyaman dan aman di dalam negara yang hidupnya berbilang kaum keturunan.
Merdeka, Merdeka...Merdeka!
Sudah sampai masanya dijaga, dipelihara keamananan yang diperjuangan oleh datuk moyang menentang penjajahan. Bermula Datuk Maharajalela, Datuk Sagor, Raja Abdullah, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Gajah dan ribuan pejuang bangsa yang berkorban demi tidak mahu melihat keturunan dijajah.
Merdeka, Merdeka...Merdeka!
Kebimbangan pahlawan dan pejuang Melayu, bimbang melihat tanah tumpah menjadi milik orang lain kini sudah menjelma! Ketakutan oleh datuk moyang kini menjadi realiti! Apakah nasib anak bangsa selepas ini, sekiranya tiada yang menyedarkan mereka tentang bahaya hidup dijajah?
Merdeka, Merdeka...Merdeka! Laungan yang semakin tidak dipedulikan...

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!




Merdeka, Merdeka...Merdeka! Merdeka, Merdeka...Merdeka!Merdeka, Merdeka...Merdeka!Merdeka, Merdeka...Merdeka!Merdeka, Merdeka...Merdeka!Merdeka, Merdeka...Merdeka!
Selain menyertai pertandingan mewarna, murid prasekolah Tadika Sri Ayu Gombak turut mengadakan pebarisan sambutan hari kebangsaan Malaysia ke-52 tahun.
Inilah reaksi mereka kegembiraan mereka meraikan sambutan dengan mengeliling kawasan sekolah. Dengan wajah ceria anak-anak prasekolah menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Tanggal 31 sambil menggibarkan bendera.
Merdeka, Merdeka...Merdeka!

Jumaat, 21 Ogos 2009

Peraduan mewarna





















































































































































































































































Salam. Keseronokkan mewarna kadang-kala memberi tauh kepada seseorang itu. Baru-baru ini berlangsung peraduan mewarna yang disertai hampir 50 murid prasekolah dan enam tahun.
Bagi anak-anak inilah masanya bagi mereka bersantai dengan warna-warna pilihan mereka di kertas yang memaparkan 1Malaysia dan Kuala Lumpur sebagai ibu negara.
Bakat semula jadi yang ditunjukan mereka pada hari Khamis, 20 Ogos 2009, lalu diadakan di perkarangan sekolah, akan dikenang khasnya kepada murid prasekolah yang melangkah masuk ke sekolah kebangsaan pada tahun hadapan.
Tahniah kepada adik-adik yang berjaya memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga serta hadiah sagu hati. Murid-murid bertuah itu ialah Aina Syuhada Husna (tempat pertama), Salsabila, Fizanahami, Aina, Amirul Hafzan, Adib Haiqal, Hairul Aswad, Muhamad Farhan Farit, Auni Shiqa, Fatin Insyirah, Aishah Nabila dan ramai lagi (sekadar menyebut beberapa nama).






















Sesifoto Ala Mini Konvo





Salam.
Baru-baru ini berlangsung majlis sesifoto melibatkan murid dan guru prasekolah.
Turut hadir Pengetua Tadika Sri Ayu Gombak, Puan Hajah Wan Faridah Akmal.
Dengan tersiarkannya foto ini, di harap memudahkan ibu bapa untuk dilihatkali atau dicetak bagi simpan peribadi.

Aktiviti di luar kelas











Salam. Turut dirakamkan aktiviti di luar kelas bagi murid Tahun 5 dengan diajar oleh Cikgu Faizah.
Aktiviti riadah membaling dan menyambut bola, mudah tetapi perlukan kecekapan. Saksikanlah gelagat mereka pada suatu pagi...

Suasana Kelas






















Salam. Inilah suasana di dalam kelas tadika yang mampu memberi keselesaan dan tumpuan kepada murid menghadapi pembelajaran dari tenaga pengajar terlatih.
Kelihatan Cikgu Norsidah tekun memberi tunjuk ajar dan mencurahkan ilmu kepada murid yang bakal dapat dipratikan nanti apabila memasuki kelas Tahun 1 tahun hadapan.
Selamat belajar!

Rabu, 5 Ogos 2009

Diari Tadika Ogos

Salam sejahtera.
Tiga peristiwa penting yang bakal dirasai anak-anak Tadika Sri Ayu pada bulan ini. Selain dari itu, selama seminggu anak-anak akan bercuti sempena semesta kedua bermula 22 Ogos hingga 30 Ogos 2009.
Sesi bergambar
Tadika akan mengadakan sesi bergambar pada hari Rabu, 19 Ogos 2009. Ibu bapa/penjaga diminta memastikan anak-anak dapat hadir pada tarikh tersebut dengan berpakaian seragam sekolah dan berkasut sekolah warna putih (murid lelaki memakai baju kemeja dan seluar panjang manakala murid perempaun berbaju kurung).
Peraduan mewarna
Bagi anak-anak yang gemar mewarna inilah masanya mereka menunjukan bakat semula jadi. Pada hari Khamis, 20 Ogos 2009, akan diadakan peraduan mewarna bertempat di perkarangan sekolah.
Sambutan hari lahir, pra-kemerdekaan
Bagi anak-anak yang lahir pada Julai, Ogos dan September, majlis meraikan ulang tahun akan diadakan pada hari Jumaat, 21 Ogos 2009 ini. Ibu bapa/penjaga yang ingin memberi sumbangan kuih-muih, adalah dialu-alukan.
Sementara sambutan Pra-Kemerdekaan diadakan lebih awal, memandangkan ulang tahun kemerdekaan jatuh pada bulan Ramadan. Oleh itu sambutannya akan diadakan pada hari Jumaat, 21 Ogos 2009 serentak dengan sambutan hari lahir.



Gabungan Sukan Tahunan Tadika 2009






















Salam sejahtera.
Kemeriahan Gabungan Sukan Tahunan Tadika Tadika melibatkan Tadika Sri Ayu, Tadika Tunas Berjaya, Tadika Setia Kasih Manja dan Tadika Bistari Ceria berjaya mencapai matlamatnya.
Acara sukan ini diadakan di padang Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Melati, Setapak, baru-baru ini.
Berbagai acara diadakan seperti Hat and Ball, mengutip buah di dusun, menanam bunga, lari bawa bola dalam piring dan sebagainya, menceriakan suasana.
Disiarkan suasana majlis yang dihadiri ibu bapa dan orang ramai, menyaksikan gelagat anak murid dan guru bermula awal pagi dan berakhir tengah hari.